Kelebihan Omega Shaklee
Kelebihan Omega Shaklee
Kenapa kita kena makan minyak ikan? Sebab dari dulu orang tahu ia kelebihan Omega adalah bagus untuk otak. Omega yang bagus pastinya kaya dengan DHA dan EPA. Namun Omega juga bantu singkirkan lemak. Selain itu Omega juga dikenali sebagai vitamin anti radang. Kelebihan pada Omega Shaklee adalah pilihan kami.
Namun kerana ramai yang mahukan kesihatan yang optimum, ramai yang mencari Omega untuk kesihatan jantung khususnya. Ramai juga yang mencari Omega untuk singkirkan lemak. Lemak triglicerid kebiasaanya menjadi fokus lemak yang perlu disingkirkan. Namun saya memang lebih fokus Omega ini untuk otak anak-anak yang sedang belajar.
Bila dah tahu kepentingan Omega , saya lebih faham, mengapa pentingnya pengambilan Omega setiap hari yang emak bekalkan kami dulu..cuma sekarang saya amalkan Omega Shaklee.
Apa kelebihan Omega Guard Shaklee?
Omega guard Shaklee mengandungi 540 mg EPA [ eicosapentaenoic acid] dan 360 mg DHA [ docosahexaenoic acid ]. Omega Shaklee juga adalah minyak ikan tulen yang berkepekatan tinggi. Ia juga membekalkan lemak sihat kepada tubuh badan kita.
Omega Guard meningkatkan prestasi Mental
Pengambilan Omega 3 menunjukkan kesan positif terhadap pemikiran memori, dan tumpuan pemerhatian. Ia juga dikatakan menyokong pembelajaran yang optimum dan kemampuan membaca. Pengambilan Omega 3 juga membantu meningkatkan penghantaran isyarat antara saraf otak untuk fungsi memori yang optimum.
Omega Guard bantu Memperbaiki Mood secara positif
Penyelidikan telah menunjukkan bahawa peningkatan pengambilan EPA dan DHA meningkatkan kepadatan saraf otak yang mengawal mood dan emosi. Ia juga sebagai elemen yang penting untuk minda yang ceria. Omega 3 membantu meningkatkan mood, meningkatkan kesejahteraan emosi secara keseluruhan.
Omega Guard mengekalkan fungsi kognitif yang sihat terutama untuk golongan lanjut usia.
Dengan peningkatan usia ia akan menyebabkan penurunan penyerapan nutrien dan ini akan memberi kesan kepada penggunaan DHA otak dan prestasi mental. Maka pengambilan secara konsisten Omega Guard membantu kita mengalami penuaan yang sihat, dengan merendahkan risiko penurunan kognitif. Penuaan yang sihat juga menggalakkan dan mengekalkan fungsi otak yang normal , terutamamya kognitif dan memori.
Tambahan kelebihan Omega Shaklee
Selain itu penuaan yang sihat juga mengurangkan risiko gejala gejala yang berkaitan dengan kemerosotan awal kognitif seperti Alzheimer dan dementia.
Pengambilan Omega Guard yang konsisten juga menggalakkan saraf otak yang sihat dan penghantaran isyarat yang optimum.
Omega Guard bagus untuk ibu mengandung.
Omega 3 khususnya DHA merupakan salah satu elemen yang penting untuk otak. Oleh itu pengambilan Omega 3 yang konsisten bermula dari kehamilan adalah sangat penting. Ia juga menyokong perkembangan sel otak janin yang sihat, terutama pada trimester ketiga.
Pengambilan Omega 3 juga menyokong kemahiran menyelesaikan masalah yang lebih baik dikalangan bayi. Selain itu ia meningkatkan kordinasi tangan-mata serta kepintaran kanak-kanak. Omega 3 juga meningkatkan tumpuan pemerhatian dikalangan bayi dan kanak-kanak. Ia juga menyokong perkembangan sistem saraf, persepsi kognitif dan saraf motor semasa tempoh pertumbuhan otak.
Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.