Apa ada di dalam Set Kurus Shaklee

Wah dah masuk 2023. Nak raya dah tidak lama lagi. Ramai yang tercari-cari set kurus apa yang sesuai untuk diambil oleh mereka dalam membantu proses nak turunkan berat badan. Masih belum terlambat untuk kita nak menjayakan program turunkan berat badan yang mungkin dah lama tertunda.

Nak tak CikMoon kenalkan kat korang semua tentang set kurus Shaklee ni? Set ini amatlah berbaloi sekali kita ambik. Badan rasa ringan dan berat badan maintain cantik. Set kurus Shaklee ini bantu turunkan  berat badan dan juga bantu detox badan kita.

Bukan hanya untuk turunkan berat badan, set ini juga banyak membantu kita lebih bertenaga, legakan sembelit, elakkan perut buncit, cantikkan kulit dan juga terangkan minda kita. Memang banyak kesan positif yang akan kita rasakan. Tak hairan kalau set ini amat laris dipasaran saat ini. Ha… cuba tengok gambar di bawah ni. Tadaaaaaa….

Set Kurus Shaklee ini mengandungi Cinch Shake Chocolate, Omega Guard, Lecithin, Herb Lax dan Vivix. Jom kita ketahui selanjutnya tentang 5 sekawan ini.

Cinch Shake Chocolate

Cinch Shake Chocolate ini adalah menu sihat paling mudah dan sangat berkhasiat. Ianya antara Set Kurus Shaklee yang mengandungi Leucine yang membantu elak kulit menggelebeh (waktu dah kurus) dan mengekalkan otot tanpa lemak bagi mencapai berat badan yang lebih sihat. Ianya juga mengandungi serat yang membantu kita lebih lawas dan senang membuang.

Cinch Shakes Chocolate ini juga mempunyai Glisemik Indek yang rendah yang akan membantu kita kenyang lebih lama. Senang di sediakan dan sangat lazat di minum. Cik Moon pun suka makan yang ni sedap. Cinch shake ini juga mengurangkan nafsu makan dan kekal kenyang dalam jangka masa yang panjang. Ianya juga dari soya Non GMO. Ada 16 protein tinggi serat (6gram setiap hidangan), dan ada multivitamin.

Omega Guard

Omega guard ni membantu meningkatkan kadar metabolisme. Ianya termasuk salah satu Set Kurus Shaklee yang bantu meningkatkan kadar pembakaran lemak dan mengawal paras lemak yang sihat. Omega guard juga membantu meningkatkan rasa kenyang.

Meningkatkan paras insulin yang sihat dan mengurangkan tekanan. Ianya bantu uraikan lemak dan menurunkan kadar kolesterol. Selain itu omega guard juga elok untuk jantung, mata, kulit dan juga minda yang sihat.

Baca juga di Sini – Omega Guard

Lecithin

Lecithin dikenali sebagai pengemulsi semula jadi. Ianya salah satu Set Kurus Shaklee yang mempercepatkan pemecahan lemak, membantu keseluruhan proses dan boleh meningkatkan metabolisme. Ianya telah digunakan dan berkesan dalam menggalakkan penurunan berat badan.

Membantu membakar lemak dan kalori yang berlebihan serta membantu mengempiskan perut dan meningkatkan fokus. Tak hairan Lecithin sebagai agen menurunkan berat badan. Ianya juga baik untuk kesihatan. minda kita.

Herb lax

Herb lax termasuk Set Kurus Shaklee yang banyak membantu buang lemak jahat dalam badan. Ianya membantu proses detox yang membuang toksin dalam badan dan kempiskan perut serta membantu masalah sembelit dan susah membuang. Herb Lax juga bantu membersihkan najis yang tersekat.

Vivix

Vivix ni merupakan minuman botani yang amat membantu dalam mengawal berat badan, dan termasuk ke dalam Set Kurus Shaklee yang mengawal gula dalam darah dan berikan tenaga serta tingkatkan imunisasi badan kita. Vivix membantu menghalang pengumpulan lemak dalam organ dan berat badan mudah susut. Rahasia didalam kehebatan vivix terletak pada bahan yang dipanggil Resveratrol iaitu sejenis bahagian tumbuhan yang dipanggil Polifenol.

Komponen ini mempunyai anti oksida yang sangat tinggi yang mampu memelihara badan daripada kerosakan DNA yang boleh menyebabkan penyakit kronik. Vivix membekalkan campuran proprietari semula jadi polifenol dengan spektrum polifenol yang lebih banyak.

Vivix membantu anda hilang berat badan dan menghalang kegemukan dalam pelbagai cara termasuk menghalang penghasilan lemak serta meningkatkan sensitiviti sel sel terhadap insulin supaya mengambil lebih banyak glukosa dan meninggalkan kurang glukosa tersedia disimpan sebagai lemak juga lebih banyak lemak dipecahkan kepada glukosa untuk digunakan sebagai tenaga.

Kesimpulannya

Dengan huraian di atas, nampak banyak sangat manfaat 5 sekawan ni kan untuk proses menurunkan berat badan kita. Apabila anda masih tercari-cari kaedah apa yang sesuai untuk menurunkan berat badan anda, mungkin anda boleh mencuba kaedah  Intermittent Fasting dan mengamalkan 5 sekawan ini dalam diet anda.

Mudah-mudahan anda dapatkan berat badan yang anda inginkan dan hidup dengan sihat dan ceria. Jom baca tentang Set Kurus Shaklee lainnya disini.

Set Kurus Shaklee Premium yang paling berkesan

#shakleethrive23  #shakletriumph2023 #blogmegashaklee  #shakleebycikmoon

Share

2 Responses

Leave a Reply

error: Content is protected !!
%d