Apakah yang dimaksudkan dengan Intermittent Fasting?
Pernah tak dengar orang nak kurus cakap, nak diet cara Intermittent Fasting la. Soalnya Apa itu Intermittent Fasting? Kali ni Cik Moon nak ajak semua untuk mengenali lagi apa itu yang dimaksudkan dengan Intermittent Fasting ni. Terdapat banyak jenis diet yang individu di luar sana boleh cuba untuk kekal kurus antaranya adalah diet IF. Apa itu intermittent fasting dan bagaimana cara diet intermittent fasting?
Jom bersama Cik Moon untuk membaca lagi penerangannya.
Apa itu intermittent fasting?
Cik Moon pasti anda semua ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan apa itu intermittent fasting. Intermittent fasting juga dikenali secara ringkas dengan nama IF.
Ia adalah sejenis kaedah diet yang menyusun pemakanan mengikut jadual yang digilirkan antara waktu makan dan waktu untuk anda berpuasa.
Jika diet lain lebih memfokuskan berkenaan apa yang anda makan, cara diet intermittent fasting pula lebih menumpukan mengenai bila anda makan.
Melalui kaedah ini, anda hanya akan menikmati makanan pada waktu tertentu sahaja. Selain daripada waktu makan tersebut, anda akan berpuasa.
Berpuasa selama beberapa jam setiap hari dan mengurangkan kekerapan waktu makan dapat membantu tubuh anda membakar lemak dengan lebih cepat.
Ini jenis-jenis intermittent fasting yang boleh diamalkan
Ini jenis-jenis intermittent fasting yang boleh diamalkan by Cik MoonSebenarnya, terdapat beberapa kaedah atau jenis dalam intermittent fasting yang boleh anda amalkan. Pemilihan kaedah-kaedah ini bergantung kepada kemampuan dan keselesaan anda untuk melakukannya. Ini kerana kita semua berbeza kesihatan diri dan kemampuan untuk kita melakukannya, tapi Cik Moon pasti, tujuannya tetap sama. Nak kurus kan.
Antara jenis-jenis intermittent fasting ialah:
Cara diet intermittent fasting 1: Overnight fasting
Kaedah berpuasa ini lebih mirip kepada kaedah yang biasa kita guna sewaktu berpuasa pada bulan Ramadan.
Bagi kaedah ini, anda perlu berpuasa sekurang-kurangnya 12 jam sehari.
Kaedah ini paling sesuai untuk mereka yang mula mahu berjinak-jinak dengan IF. Kaedah berpuasa ini biasa dilakukan pada waktu malam sahaja.
Cara diet intermittent fasting 2: Time-restricted fasting
Baca lebih lanjut
Kaedah ini juga lebih mirip dengan kaedah yang pertama tadi, cuma waktunya adalah lebih panjang.
Bagi kaedah ini, anda tidak boleh makan atau perlu berpuasa dalam tempoh antara 14 hingga 16 jam dalam sehari.
Cara diet intermittent fasting 3: Whole day fasting
Ini bermaksud anda berpuasa seharian iaitu selama 24 jam. Jika anda berpuasa bermula 8 pagi hari ini, ini bermakna anda hanya boleh berbuka atau makan pada jam 8 pagi keesokan hari.
Ia mungkin agak sukar untuk dilakukan, tetapi ia tidak mustahil kerana telah ramai yang dapat melakukannya.
Cara diet intermittent fasting 4: Alternate day fasting
Kaedah ini membenarkan anda untuk makan dan berpuasa selang sehari. Sebagai contoh, pada hari ini anda boleh makan, manakala pada hari esok anda berpuasa.
Ia kemudiannya diselang-selikan pada hari-hari yang berikutnya. Pada hari anda perlu berpuasa, anda hanya boleh mengambil 500 hingga 600 kalori sahaja.
Cara diet intermittent fasting 5: Skipping meals fasting
Kaedah ini bermaksud bahawa anda berpuasa melangkau waktu makan anda.
Sebagai contoh, jika sebelum ini anda mempunyai lima kali waktu makan setiap hari, maka anda akan skip beberapa waktu makan tersebut.
Ini menjadikan kekerapan anda untuk makan dalam sehari semakin berkurangan.
Cara diet intermittent fasting 6: Choose-your-day fasting
Kaedah ini membolehkan anda berpuasa pada hari dan waktu yang anda mahukan. Anda juga tidak perlu mengikut peraturan tertentu dalam kaedah ini.
Ia adalah 100% mengikut kemampuan dan kehendak anda bagaimana anda ingin berpuasa.
Cara diet IF ke-7: 5:2 fasting
Kaedah ini memerlukan anda untuk mengikuti nisbah 5:2 ketika berpuasa. Ini bermaksud, hari makan anda adalah lima hari, manakala hari berpuasa pula ialah dua hari dalam seminggu.
Pada hari anda berpuasa, anda hanya boleh mengambil makanan dan minuman dengan tidak melebihi 600 kalori setiap hari.
Nak Tahu lebih lanjut, ni Cik Moon bagi satu link blog tentang Intermittent Fasting Cara Mudah Untuk Turunkan Berat Badan
Kesimpulan
Sekarang Cik Moon pasti anda semua sudah mengetahui apa itu intermittent fasting. Bagi menjadikan kaedah diet ini lebih berkesan, anda masih perlu melakukan senaman atau aktiviti fizikal.
Anda juga perlu mengikuti atau mematuhi kaedah diet yang anda pilih jika mahukan keberkesanannya.
2 Responses