Komuniti bisnes Shaklee

Beruntung dipilihNya untuk bersama-sama dengan team awesome ini. Bestnya join #blogmegashaklee 1.0, dapat kenalan baru, dapat pushing factor, dapat idea menulis, dapat idea menyusun idea.

Bila join contest, dengan tunjuk ajar master-master yang sentiasa mencurahkan ilmu dengan penuh ikhlas, seronok dan happy melaksanakannya. Aura tu yang superb. Dan lagi best, bila boleh terus beri manfaat dalam mengutip pahala dan mencari redhaNya sebelum bertemu dengan Pencipta Agung.

Di samping itu saya belajar menguruskan masa supaya saya dapat menyiapkan tugasan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Yang paling penting saya dapat bersihkan sawang blog saya dengan kembali menulis untuk berkongsi manfaat kepada semua. Dan yang paling seronok sekali saya layak untuk terima hadiah iaitu Nutriferon dari pengasas Projek Blog Mega Shaklee, terima kasih Master Norita.

Salah satu aspek yang paling menarik tentang Projek Blog Mega Shaklee ini adalah ia memberikan ruang untuk ahli komuniti Shaklee berkongsi pengalaman mereka dalam menggunakan produk Shaklee dan bagaimana produk tersebut telah membantu meningkatkan tahap kesihatan mereka sekeluarga. Ini memberikan maklumat yang sangat berharga kepada pembaca, kerana mereka dapat membaca pengalaman sebenar dari individu yang menggunakan produk Shaklee dan melihat kesan positif yang terhasil melalui testimoni-testimoni yang dikongsikan.

Saya mengharapkan Projek Blog Mega Shaklee dapat membantu memperluaskan jangkauan maklumat tentang kesihatan dan kecergasan kepada khalayak pembaca yang lebih meluas dengan menyalurkan maklumat tentang kebaikan produk Shaklee dan gaya hidup yang sihat kepada mereka yang masih belum mencubanya. Ini memberikan manfaat yang besar bagi komuniti Shaklee, kerana ia membantu meningkatkan kesedaran tentang produk Shaklee dan memberikan maklumat yang berguna kepada mereka yang ingin memperbaiki tahap kesihatan mereka.

Melalui Projek Blog Mega Shaklee akan ada lebih banyak entri ditulis dengan tujuan memberi manfaat kepada ahli komuniti Shaklee di mana kita akan dapat menarik trafik pembaca lama dan pembaca baru ke blog-blog para peserta.

Hasilnya ahli komuniti Shaklee dapat memperluaskan lingkungan perniagaan mereka dengan memperkenalkan produk Shaklee kepada pembaca baru. Ini akan memberikan peluang untuk pembangunan perniagaan dalam komuniti Shaklee samada yang baru atau yang lama.

Tak gundah walaupun tak ramai readers sebab pesan master, kita jer yang ingat orang sama yang baca. Padahal bukan begitu, teruskan perjuangan.

Saya mahu menjadi sebahagiaan daripada pencipta gelombang fenomena Shaklee, di mana saya percaya bahawa dengan adanya Projek Blog Mega Shaklee yang kedua ini akan membantu meningkatkan lagi kesedaran tentang produk Shaklee dan gaya hidup yang sihat, serta memberikan manfaat yang besar kepada komuniti Shaklee dan masyarakat umum secara keseluruhan melalui platfom blog.

Nak join lagi #blogmegashaklee 2.0 sebab nak terus memberi. Memberi manfaat pada orang sekeliling. Nak ramai lagi orang sihat, nak ramai lagi orang merasai Shaklee Effect.

Sekian, terima kasih.
Cik Moon

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#cikmoon

Share